Hari Raya 2013 Istimewa: Promosi Kereta Proton & Perodua | 88DB Guide Feed

Hari Raya 2013 Istimewa: Promosi Kereta Proton & Perodua

Posted by 1,039 views

Sempena Hari Raya 2013 yang akan datang, anda mungkin sedang merancang untuk beli kereta baru. Kereta Proton dan Perodua sering dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia kerana harga yang murah, penggunaan petrol yang minimum dan juga kualiti yang boleh tahan. Disebabkan Hari Raya yang akan datang, banyak pengedar Proton dan Perodua menjalankan promosi kereta supaya lebih ramai pengguna mampu tukar kereta baru.

Promosi Proton & Perodua Hari Raya

Di sini, 88DB telah menyediakan satu senarai pengedar kereta Proton dan Perodua di mana anda boleh membandingkan harga dan “free gift” yang disediakan oleh pengedar masing-masing. Kami telah bahagikan agen-agen ini mengikut kawasan supaya senang untuk anda mendapatkan infomasi yang tepat.

Sedikit tips daripada penulis: beli kereta daripada pengedar Proton dan Perodua yang diberikuasa adalah lebih murah, terutamanya jika anda berkenalan dengan salesman atau majikan.

Kuala Lumpur / Selangor

  1. Perodua Jiwa Panduan
    Mereka memberikan nasihat dan konsultansi yang percuma dan sentiasa memberikan keutamaan untuk kepuasan pelanggan. Mereka terletak di Seri Kembangan.
  2. Perodua Infinity
    Anda akan mendapat pelbagai “free gift” apabila anda membeli kereta baru, misalnya minyak tangki penuh, kad Touch n Go, kunci stereng, servis penghantaran ke rumah dan sebagainya. Terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
  3. My Perodua Cars
    Terletak di Jalan Ipoh dan sentiasa menjalankan promosi untuk menawarkan harga yang paling rendah di Kuala Lumpur, mereka membekalkan setiap model daripada Myvi, Viva dan Alza.
  4. Proton 4 U
    Setiap model kereta Proton mempunyai diskaun dengan paling minimum RM600 dan maximum RM3500. Proton 4 U yang terletak di Jalan Genting Kelang merupakan pilihan yang paling baik untuk anda.
  5. Proton Edar Selangor
    Beroperasi di Seksyen 3, Bangi, Proton Edar Selangor menyediakan kereta Proton dalam harga yang berpatutan. Mereka sentiasa memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan, cepat dan berkualiti.
  6. Proton Faizal Online Shop
    Terletak di Shah Alam, mereka merupakan salah satu pengedar Proton yang diberikan kuasa untuk mengedar semua model kereta Proton, dari model biasa kepada model terhad. Mereka juga menyediakan skema pembelian graduan. Anda pasti mampu memiliki kereta impian anda.
  7. Perodua Promotions
    Anda tidak perlu membayar bayaran pendahuluan untuk memiliki sebuah kereta Perodua. Tambahan pula, mereka memberikan diskaun sehingga RM2500. Perodua Promotions yang terletak di Pelabuhan Klang merupakan pengedar Perodua yang anda mesti ingat.

Perak

  1. Strike Auto Enterprise
    Selain daripada kereta Perodua dan Proton, mereka juga mengedar pelbagai model kereta Suzuki. Di samping itu, pengedar kereta yang terletak di Ulu Kinta ini juga menyediakan servis pembaharuan insuran, cukai jalan dan sebagainya.

Selain daripada kereta Proton dan Perodua, anda juga boleh dapatkan kereta baru jenama lain seperti Honda, Mitsubishi, Suzuki, Chevrolet, Lexus dan Porsche terpakai di sini.

88DB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.