Baju Kurung Wanita 2013 Pilihan Terkini | 88DB Guide Feed

Baju Kurung Wanita 2013 Pilihan Terkini

Posted by 41,271 views

Rekaan Baju Kurung: Bernard Chandran Rekaan Baju Kurung: Bernard Chandran

Masuk tahun 2013, rekaan baju kurung semakin menarik orang ramai terutama sekali bagi kaum wanita. Pelbagai rekaan baju kurung yang kita lihat di mana-mana kedai yang menjual baju kurung, butik, jualan baju kurung secara online dan banyak lagi. Baju kurung yang dihasilkan setiap tahun membuatkan orang ramai tidak henti-henti membuat tempahan. Bagi tukang jahit dan pereka baju kurung sudah tentu tidak menang tangan dibuatnya terutama sekali apabila ada perayaan istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri, Majlis Perkahwinan, Majlis Makan Malam dan majlis keramian yang lain.

Pereka terkenal seperti Bernard Chandran telah menghasilkan idea yang kreatif dalam rekaan baju kurung pada tahun 2010. Beliau telah menggabungkan rekaan baju kurung moden dan baju kebaya. Hasilnya sangat menarik, unik dan eksklusif.

Pada tahun ini, rekaan baju kurung yang menjadi sambutan dan pilihan orang ramai adalah Baju Kurung Peplum. Rekaan baju kurung peplum merupakan rekaan baju kurung pada zaman 60-an yang dipakai oleh pelakon Saloma. Beliau seorang pelakon yang terkenal pada zaman tersebut. Rekaan bajunya itu menjadi ilham untuk rekaan baju kurung peplum. Tidak hairanlah sekiranya banyak yang kita lihat idea fesyen-fesyen terkini di ambil dari zaman dulu atau zaman pop yeh-yeh. Fesyen itu sendiri yang membuatkan inspirasi pemakaian kepada anak muda sekarang.

Antara rekaan baju kurung terkini yang menjadi sambutan bagi golongan wanita seperti:-

Petikan Imej : MiNaz Collection (Baju Kurung Peplum)

Petikan Imej : MiNaz Collec

tion

Petikan Imej : Baju Kurung ModenPetikan Imej : Baju Kurung Moden

Petikan Imej: Baju Kurung Peplum (Izara Aishah)Petikan Imej: Baju Kurung Peplum

(Izara Aishah)

Ini adalah beberapa rekaan baju kurung yang menjadi sambutan orang ramai. Banyak lagi rekaan baju kurung seperti baju kurung moden, baju kurung cotton dan baju kurung lace. Baju kurung ini mempunyai kecantikan tersendiri bergantung pada si pemakai. Kecantikan baju kurung juga bergantung pada material yang anda dipilih.

D'el Hafidz CollectionD'el Hafidz Collection

Sekiranya anda sedang mencari baju kurung, apakata anda klik pada D'el Hafidz Collection. Mereka merupakan penjual dan pembekal pelbagai rekaan busana wanita dan menjual tudung, baju kurung dan jubah. Terdapat pelbagai koleksi baju kurung di kedai ini yang mendapat tempat di hati pelanggan. Anda boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan tempahan.

Dapatkan info terkini di servis 88DB.com.

zp8497586rq

Comments are closed.