Maxi Dress Peplum 2013 Tarikan Hati Wanita | 88DB Guide Feed

Maxi Dress Peplum 2013 Tarikan Hati Wanita

Posted by 4,664 views

Maxi Dress Peplum RozaaraSaban hari, permintaan maxi dress peplum semakin meningkat dari masa ke semasa. Maxi dress peplum memiliki keunikan tersendiri yang membuatkan ramai wanita terpesona dengan stailnya. Gaya fesyen peplum diambil daripada Baju Kurung Ala Saloma dan semakin menjadi kegilaan ramai wanita serta remaja. Gaya peplum sebenarnya mempunyai bentuk kembang atau kelopak bunga dipinggang bagi menampakkan tubuh kelihatan ramping.

Ramai wanita dan anak muda gemar memakai maxi dress peplum  ini kerana busana ini nampak sopan untuk digayakan malah berlengan panjang dan sesuai untuk wanita yang bertudung. Pilihan pereka fesyen untuk gaya peplum 2013 kali ini adalah daripada Jovian Mandagie, Innai Red dan Nuritha Harith. Kebanyakkan desain daripada pereka fesyen ini mendapat tempat di hati wanita.

Kebiasaanya, material untuk membuat maxi dress peplum ini menggunakan kain tisu (kain licin) seperti kain crepe kerana kain berjenis ini agak lembut, sejuk dan tidak jarang. Di bahagian kolar baju kurung ini akan disediakan cangkuk baju dan zip sorok atau zip jepun iaitu (hidden zip / invisible zip) di bahagian belakang baju. Kain yang sesuai digayakan adalah kain potongan mermaid, kain kembang payung dan kain yang agak flowy serta beralun bagi menampakkan si pemakainya lebih tinggi.

Maxi Dress Peplum RozaaraImej: Rozaara

Bukan itu sahaja, untuk ibu yang mengandung dan teringin untuk memakai pakaian peplum, anda disarankan memilih Peplum Tops. Ia sesuai dipakai untuk ibu mengandung bersama seluar palazo ataupun skirt kembang. Ibu mengandung juga turut boleh menggayakan pakaian jenis peplum. Imej di bawah ini sesuai untuk ibu mengandung.

Maxi Dress Peplum

Petikan Imej: Rozaara

Sekiranya anda sedang mencari pakaian stail peplum, anda boleh melawati laman website Rozaara. Rozaara menampilkan pakaian wanita terkini seperti baju kurung, jubah, maxi dress dan banyak lagi. Mereka menyediakan rekaan pakaian wanita yang mempersonakan dan penuh bergaya.

Rozaara

Antara koleksi pakaian Rozaara, membuatkan ramai pelanggan untuk membelinya kerana pakaian yang dijual sangat menarik hati si pembeli. Anda boleh membuat tempahan di sini sambil menunggu halaman pesanan baru akan dilancarkan ataupun melayari website Rozaara

Dapatkan informasi terkini di ruangan Beauty & Wellness di servis 88DB.com.