Hidangan Hari Raya Aidilfitri 2012 | 88DB Guide Feed

Hidangan Hari Raya Aidilfitri 2012

Posted by 1,516 views

Bagi yang beragama Islam, sudah pasti anda sibuk untuk menyiapkan pelbagai juadah untuk menyambut ‘Hari Raya Aidilfitri’. Antara juadah dan hidangan yang menarik di Aidilfitri ialah ketupat, rendang, lemang, lontong, sambal kacang dan pelbagai lagi. Bagi yang akan mengadakan rumah terbuka, mereka akan menyediakan makanan berat seperti Nasi Briani, Nasi Ayam, Nasi Tomato dan banyak lagi. Ada juga yang menempah katering untuk memudahkan urusan perjalanan majlis rumah terbuka berjalan dengan lancar bagi yang berkemampuan.

Gambar a: Nasi Briyani Dham

Nasi Briyani Dham ini sungguh enak dihidangkan ketika Majlis Rumah Terbuka untuk tetamu yang hadir semasa Hari Raya Aidilfitri.

Gambar b: Kambing panggang

Kambing panggang sesuai dijadikan hidangan untuk majlis-majlis besar dan hari perayaan. Sanak saudara yang hadir lagi menggamatkan suasana Hari Raya.

Bukan itu sahaja, kaum-kaum ibu sibuk menyediakan pelbagai biskut raya dan kek istimewa untuk Hari Raya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat jenis biskut raya buatan sendiri dan selebihnya dibeli di pasaraya atau di bazar. Terdapat pelbagai biskut raya yang terdapat di musim perayaan Aidilfitri. Antaranya tart nenas, biskut makmur, biskut cornflakes, kuih ros, bahulu dan banyak lagi.

Gambar c: Pelbagai jenis bahulu

Tidak lupa juga makanan tradisional orang Melayu iaitu bahulu.  Bahulu sesuai dihidangkan untuk Hari Raya Aidilfitri untuk dijamu oleh saudara-mara, sahabat handai dan tetamu yang hadir.

Gambar d: Lauk pauk untuk Hari Raya

Lauk-pauk untuk dihidangkan semasa majlis Rumah Terbuka Hari Raya. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang sesuai untuk dijamu oleh para tetamu.

Sekiranya anda berminat untuk mencari info-info menarik mengenai juadah Hari Raya, sila layari laman web 88DB.com.