Makanan Tradisional India | 88DB Guide Feed

Makanan Tradisional India

Posted by 5,568 views

Gambar i: Pembuat roti canai

Setiap bangsa mempunyai makanan tradisi masing-masing. Tidak kira makanan tradisional Melayu, Cina, India, Kadazan dan banyak lagi. Setiap apa yang kita makan di Malaysia mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri. Makanan tradisional India merupakan salah satu kegemaran penduduk di Malaysia. Ini kerana keunikan masakan tradisional India yang banyak menggunakan rempah ratus dan roti yang diperbuat oleh orang India adalah asli.

Salah satu makanan terkenal masyarakat India ialah roti tempayan atau roti nan. Roti tempayan dan roti nan merupakan sejenis roti yang dibuat tanpa menggunakan penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkan roti tersebut dalam tempayan. Antara ramuan yang digunakan dalam roti tersebut ialah tepung gandum, lelemak dan rempah. Roti ini sedap dimakan besama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.

Gambar ii: Roti Nan/ Tempayan

Gambar iii: Hidangan Roti canai

Gambar iv: Nasi berlauk tradisi India

Menurut penduduk Asia Tenggara dan Asia Selatan, tempayan pembakar roti ini dikenali sebagai tandoor. Ia digunakan untuk membakar roti jenis leper. Roti yang sudah sempurna siapnya akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.

Tidak sempurna sekiranya makan roti canai tanpa dihidangkan dengan lauk kari dalnya. Kari ialah nama untuk pelbagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara yang di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Anda perlu tahu, kari yang berasal dari Negara India meruapakan salah satu hidangan yang benar-benar bersifat ‘Se-Asia’. Selepas itu, konsep ini dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18.

Selain itu, makanan sejenis kuih yang terkenal dikalangan masyarakat India ialah kuih Vadai atau (vada, wade, vade, ) yang disebut sebagai ‘Wah-dei’. Kuih ini merupakan sejenis makanan yang datangnya dari India Selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat daripada dal dan kentang. Ia enak dimakan dengan adanya hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah dicampurkan sekali.

Gambar iiv: Kuih ‘Wah-dei’

Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Gambar v: Kuih Ulundu Vadai

Sekiranya anda berminat untuk mencari keunikan makanan di setiap negara, anda boleh melayari di laman web ini 88DB.com.