Promosi Buka Puasa 2013 | 88DB Guide Feed

Promosi Buka Puasa 2013

Posted by 630 views

Promosi Buka Puasa 2013

Hanya beberapa hari saja lagi tinggal untuk ketibaan bulan Ramadhan. Sudah pasti kita umat islam serata dunia tidak sabar untuk menjalankan ibadah tersebut. Bagi sesiapa yang mengemarkan makanan untuk berbuka puasa, pasti sudah mula mencari tempat makan yang terbaik untuk berbuka puasa. Salah satu tempat yang akan disarankan adalah

1. Tonka Bean Cafe di Hotel Impiana KLCC.

Disini anda akan disajikan juadah berbuka puasa dari masakan Melayu sehinggalah Korea dan Jepun. Pelbagai jenis makanan anda boleh dapati disini seperti Ikan Salmon Gravalax, Tiram, Salad Udang, Ketam Cili, Kerabu Mangga, Indonesia Pecal dan banyak lagi. Jika itu tak cukup bagi anda, sana terdapat 18 perisa aiskirm dari Baskin Robbins yang disediakan selain Sago Gula Melaka, Kek Lapis Indonesia, Buah Kurma, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan juga Puding Roti.

Pemilihan Tonka Bean Cafe adalah satu pilihan tepat ketika bulan Ramadhan nanti dimana anda boleh menikmati makanan tradisional Melayu dan pelbagai lagi jenis masakan lain. Disini anda akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal yang dialunkan dengan Gendang dan Gambus ketika anda berbuka puasa nanti. Di hotel ini juga disediakan surau untuk anda menunaikan ibadah solat apabila sudah masuk waktu. Lokasi hotel ini terletak di bersebelahan Menara Berkembar Petronas.

2. Al Nafourah

Kedai makan Arab ini berkonsepkan kedai makanan Arab yang menghadap kolam renang dan taman. Keadaan kedai makan ini dipenuhi depan khemah peribadi, musik dan juga juadah makanan Lubnan.

Promosi Buka Puasa 2013

Menu juadah di Al-Nafourah terkenah dengan masakan Mediteranian dan Timur Tengah. Makanan yang dihidangkan disini adalah berasaskan daging, kambing dan juga sayur-sayuran. Bagi sesiapa yang mempunya kad kredit AMEX, anda boleh menikmati potongan 20% untuk bil makanan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi buka puasa, sila layari servis 88DB.com.