Tanda-tanda Kucing Lahirkan Anak | 88DB Guide Feed

Tanda-tanda Kucing Lahirkan Anak

Posted by 1,716 views

Ibu kucing yang sudah melahirkan anak-anaknya. Anak-anaknya memerlukan susu ibu untuk tumbuserannya.

Anak-anak kucing yang kelihatan keletihan setelah penat bermain.

Seperti haiwan lain, kucing juga merupakan salah satu haiwan yang melahirkan anak. Tetapi perasankah anda tanda-tanda kucing untuk melahirkan anak? Kucing ini tidak perlukan bantuan manusia atau haiwan lain untuk melahirkan anak, malah kucing ini boleh melahirkan anak sendiri. Antara tanda-tanda ibu kucing untuk melahirkan anak adalah:-

  • Kucing ini akan mulai menunjuk tanda-tanda sukakan pada tempat-tempat bersembunyi yang sunyi serta terlindung dan mencari-cari tempat yang sesuai sebagai contoh dibawah katil.
  • Anda perhatikan perut ibu kucing yang hendak lahirkan anak, bahagian perutnya agak ‘terjatuh’ berbentuk seperti buah pear. Lihat dalam masa 2-3 hari sebelum bersalin.
  • Ibu kucing akan mula tunjuk reaction seperti mundar mandir ke hulu ke hilir tanpa arah dalam masa 24 jam sebelum melahirkan anak dan hilang selera makan.
  • Akhir sekali masa ibu kucing untuk melahrikan anak. Proses untuk meneran dilakukan mengambil masa selama 1 jam.

Tip:- Kita perlu membantu menyucikan atau membersihkan dibahagian pernafasan anak kucing yang dilahirkan sekiranya ibu kucing tidak mengambil peduli selepas bersalin. Sekiranya anak kucing anda bermasalah, sila jumpa doktor haiwan untuk rawatan selanjutnya.

Andai juga boleh klik pada Pets untuk mendapat maklumat lanjut dan klik pada laman web 88DB.com untuk mencari lebih banyak info.