Tips Untuk Grooming Kucing Kesayangan Anda. | 88DB Guide Feed

Tips Untuk Grooming Kucing Kesayangan Anda.

Posted by 1,043 views

Anda pernah grooming kucing kesayangan anda? Grooming atau dikenali sebagai menghias atau mencantikkan kucing agar kelihatan menarik atau menawan. Bagi yang penggemar kucing mereka sanggup berhabis beratus-ratus ringgit untuk melihat kucing kesayangannya cantik dan kemas. Tetapi anda perlu ikuti beberapa tips untuk grooming kucing anda. Sebelum itu anda perlu perhatikan samada bulu kucing anda cukup untuk digunting atau pun tidak.

Gambar ini menunjukkan salah satu contoh kucing yang telah dimandikan dan dilap dengan tuala sehingga kering. Anda perlu gosokkan kucing anda dengan tuala dalam keadaan yang lembut.

Kucing yang diberus dengan sikat kucing. Sikat bulu kucing perlulah dalam keadaan bersih dan tidak diletakkan merata-rata kerana khuatiri bulu kucing yang berterbangan dan mempunyai kuman.

Tips Grooming Kucing Kesayangan Anda:-

  1. Anda perlu orang kedua untuk memegang kucing anda ketika hendak di grooming :)
  2. Sediakan perapi untuk bulu kucing kesayangan anda
  3. Anda perlukan sikat dan berus bulu kucing
  4. Gunting kuku
  5. Tuala atau kain
  6. Rawatan untuk kucing
  7. Sekiranya kucing anda mempunyai patch berminyak, anda perlu sedikit kanji jagung dan gunting tumpul untuk membersihkannya

Sekiranya anda berminat untuk mencari info-info menarik, sila layari laman web 88DB.com.